Alhamdullillah selamat sampai JB, rumah Ibu semalam dalam pukul 9pm. Aku mendapat cuti selama 2 hari (isnin dan selasa) dan hari lain dapat cuti free. Semalam pagi2 lagi aku dah cergas pergi ke Wisma PKNS shah alam dan Shah Alam Mall untuk membeli persiapan terakhir. Baru hari ni aku ada masa nak bershopping mcm tuh, hari lain sibuk design melayan karenah client yg tak reti2 nak beraya, asik sibuk pasal project. Sengal. Shah Alam sebagai lokasi shopping adalah kerana ia paling dekat ngan subang jaya dan nak elakkan massive jammed kat KL.
Barang2 yg aku beli pun bukannya untuk aku pun tapi untuk ibu dan adik2 seperti kuih - muih (murah betul harga sebalang dlm RM18, kalau kt JB dalam RM26 - RM27 sebalang), belikan Ibu tudung yan dia pesan dah lama dah (aku yg takde masa nak beli - memberanikan diri dan menebalkan muka masuk ke butik jual tudung lalu minta akak kedai nak warna sekian2, ada akak tu tanya untuk sapa ni dik, dgn selamba aku menjawab untuk mak saya kak, kakak2 n makcik2 yg ada kt situ semua tengok aku... malu gile...dah lah aku seorang je lelaki dlm kedai tu.... biasalah Lelaki Ini katakn). Lepas tu aku beli buat pertama kali dlm sejarah aku beli kain pelekat sendiri hahahah..... sebelum ni rembat je kain baru ayah punye.
Lepas shah alam terus menuju ke Seed Mid Valley untuk tukar size baju yg aku beli kat Seed sunway pyramid yg dah habis stok. Nasib baik trafik ok. Ramainya umat kt dlm mall tu, cari butik tu kat mana dan cergas balik subang.
Lepas Zohor kat umah, baring jap tunggu kembar aku abis shopping kat Sogo. Dalam pukul 3 lebih macam tuh, pungut kembar aku kt Keramat dan cergas balik JB. Ibu dah call beberapa kali tanya bila nak sampai sebab ibu dah siap masak juadah berbuka. Tak sempat nak jumpa ayah sebab lepas zohor tadi ayah dah gerak balik kampungnya di Gemas.
Ibu tak berbuka pun sebab aku dan kembar aku tak sampai rumah lagi, dia hanya minum air aje. Lepas aku sampai baru die makan. Aku tak tanya kenapa, diam jelah. Happy btul ibu, kitorang dah sampai JB dengan selamat. Berselera dia makan. Sayu jugak lah.
Tahun nih giliran aku beraya bersama ibu pulak di JB. Sebab tahun lepas beraya dengan Ayah. Ayah ok je dia faham. Oklah aku dah nak buat kerja rumah pulak mengecat. Ada sikit lagi yg tak siap kat depan rumah tuh. Hampeh btul adik aku ni, bukannya nak abiskan mengecat, Menteri Fasola ni jugak yg kene abiskan.
Raya ni ibu lah yg paling happy sekali sebab anak2 semuanya balik. Raya ni memang untuk Ibu.
Sunday, September 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment