Harapan aku untuk bekerja di dalam company yang besar masih samar-samar lagi. Hari ini genap sebulan aku di interview oleh Huawei dan hari ini jugak aku diberitahu bahawa job offer aku masih dalam KIV kerana sudah hampir dengan hujung tahun katanya. Nasib aku akan ditentukan pada minggu pertama tahun hadapan 2009. Walaupun interview aku sudah pass tapi masih lagi tiada jawapan.
OCK, R&A competitor telah bersetuju mengambil aku sebagai engineer mereka tetapi aku kena mendaftar diri dengan mereka seawal yang mungkin kerana aku akan ditugaskan untuk mengambil alih sementara jawatan assistant projectr manager mereka untuk seminggu dan selepas itu menjadi engineer mereka seperti biasa. Aku bersyukur sangat dapat tawaran ni walaupun tidak ditemuduga oleh mereka walau sekali pun. Sebab yang assistant manager tu, Lokman member aku gak satu team di R&A, Lokman ingin aku masuk ke OCK kalau boleh dalam minggu depan. Aku masih lagi dengan pendirian aku tidak ingin meninggalkan R&A sebelum hujung tahun ni, yalah kan kalau nak ikut secara professional dengan tidak melepas tangan kerja yang melambak di ofis. Mesti lah kena ikut prosedur dengan handover kerja kepada officemate dengan betul. Dah 2 kali aku tolak dengan baik enggan mendaftar awal dengan OCK ni. Serba salah aku dibuatnya. Aku takut mereka tidak boleh terima aku kalau aku masuk awal tahun baru depan kalau Huawei job aku tak dapat.
Aku akan berpindah dari bilik sewaku di Subang Jaya ni rabu depan. Weekend nilah merupakan yang terakhir aku di Subang Jaya ni. Sedih rasanya. Banyak kenangan manis kat sini walaupun duduk seorang.
Banyak betul benda yang kene settlekan sebelum tahun baru nih, takut tak sempat nak habiskan. Habislah aku macam ni.
Thursday, December 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment